Ekspedisi Prostar Samarahan Menawan Batu Kajang



Home

Permulaan
Penyertaan
Kenapa Dan Siapa
Kronologi
Photo
PHOTO 2
Penyertaan

Seramai 36 Prostarian telah mengikuti ekspidisi ini termasuk 1 Inspektor Kesihatan, 1 Pembantu Perubatan dan 6 orang Pelatih Pembantu Perubatan. Oleh kerana aktiviti Ekspidisi ini agak lasak hanya peserta lelaki sahaja yang dibenarkan untuk menyertainya. Walaubagaimanapun dimasa mendatang penyertaan peserta perempuan juga diperlukan bagi menjayakan Ekspidisi seperti ini terutama apabila mendekati remaja atau kumpulan sasar yang terdiri dari perempuan.

 

Beberapa peserta yang bukan ahli Kelab Prostar juga mengikuti Ekspidisi ini. Mereka ini dikehendaki mengikuti segala aktiviti yang di jalankan sepanjang Ekspidisi ini dan digalakan untuk menyertai Kelab Prostar dimasa akan datang.