Ekspedisi Prostar Samarahan Menawan Batu Kajang



Home

Permulaan
Penyertaan
Kenapa Dan Siapa
Kronologi
Photo
PHOTO 2
Kenapa Dan Siapa

Ekspidisi yang lasak dipilih menjadi simbolik kepada kepayahan untuk menyampaikan maklumat berkaitan HIV AIDS.  Dengan menganggap kepayahan ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kesengsaraan mangsa HIV AIDS dan seterusnya negara sendiri dalam menangani wabak AIDS.

 

Disamping itu aktiviti seperti ini diharapkan dapat menghindari peserta terutamanya remaja yang belum mempunyai pekerjaan terjerumus kedalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dengan mengisi masa lapang mereka dengan Ekspidisi seperti ini. Aktiviti lasak ini juga secara tidak langsung memberi pendedahan kepada peserta mengenai sikap tolong-menolong dan kerjasama  dalam memastikan mereka berjaya menamatkan Ekspidisi.

Dua kategori kumpulan sasar dalam Ekspidisi ini ialah pertamanya peserta Ekspidisi itu sendiri yang telah menjayakan ekspidisi itu disamping menimba pengetahuan dan pengalaman yang sungguh berguna.

 

Keduanya ialah masyarakat kampung yang dilawati. Empat buah kampung yang dilawati iaitu Kampung Ketimbung, Kampung Belimbing Besi, Kampung Lunying dan Kampung Entangor merupakan Kampung yang paling sukar untuk dihubungi kerana faktor jalan dan pengangkutan. Contohnya di Kampung Entanor ada di antara penduduk di sana yang tidak pernah keluar dari kampung berkenaan sejak 10 tahun yang lalu kerana kaedah pengangkutan dan yang jalan yang membatasi pergerakan mereka.

 

Berdasarkan kesukaran perhubungan ini kami berharap dengan adanya Ekspidisi seperti ini dapat membekalkan sedikit maklumat kepada mereka terutamanya tentang  HIV AIDS.

 

Berdasarkan jumlah penduduk, keempat-empat kampung  berkenaan mempunyai jumlah penduduk yang ramai. Contohnya di Kampung Belimbing Besi mempunyai rumah panjang yang 36 pintu dan di Entangor terdapat 67 pintu. Paling menariknya hampir kesemua penduduk kampung turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan seperti ceramah HIV AIDS, sukaneka dan senam robik.

 

Jadi pemilihan kumpulan sasar yang terdiri dari penduduk yang kehausan maklumat adalah bertepatan dengan objektif Ekspidisi ini.