Ekspedisi Prostar Samarahan Menawan Batu Kajang



Home

Permulaan
Penyertaan
Kenapa Dan Siapa
Kronologi
Photo
PHOTO 2
Kronologi

Ekspidisi ini di mulakan seawal jam 6.30 pagi 26/5/2003 dengan memeriksa segala kelengkapan seperti Khemah, bekalan makanan, poster, risalah, Pandent dan sebagainya. Peserta juga diingatkan untuk memeriksa segala barangan peribadi sebelum memulakan perjalananan. Kesemua peserta dan peralatan telah bersiap sedia di perkarangan Klinik Kesihatan Sebangan.

 

Sejurus sebelum perjalan bermula dengan Lori menuju ke Kampung Tebelu Sebangan, bacaan doa selamat telah disempurnakan oleh  KK Sebangan En Ahab B Hafani bagi merestui perjalanan kami. Peserta diminta bertafakur seminit bagi menghayati tujuan Ekspidisi ini.

 

Perjalanan dengan menggunakan Lori dari Klinik Sebangan Ke Kpg Tebelu mengambil masa lebih kurang 30 minit. Setibanya di Kpg Tebelu kira-kita pukul 8.30 pagi peserta memulakan perjalanan menuju ke distinasi pertama iaitu Kampung Ketimbung. Sebelum meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki peserta di bahagikan kepada empat kumpulan kecil. Setiap kumpulan dilantik ketua yang bertanggungjawab menjaga ahli kumpulannya agar selamat tiba di Kampung Ketimbung dan seterusnya ke sebarang distinasi lain. Perjalanan mengambil masa selama satu setengah jam.

 

Ketibaan di Kampung Ketimbung kira-kira pukul 1015 pagi disambut oleh Ketua Kampung  dan penduduk Kampung Ketimbung yang sebelum ini telah dimaklumkan mengenai ketibaan peserta Ekspidisi ini. Kami berehat seketika sambil peserta beramah mesra dengan penduduk Kampung Ketimbung. Antara format yang mesti disuarakan oleh peserta ialah bercakap mengenai Kelab Prostar dan HIV AIDS dengan penduduk kampung. Kami juga dihidangkan oleh penduduk kampung dengan jamuan ringan.

 

Sementara itu ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung dan Ucapan balas Oleh Pengerusi Kelab Prostar Samarahan Sebangan En. Mohd Roslan B Bujang Mansor mengenai tujuan Ekspidisi ini.

 

Kami mula berangkat dari Kampung Ketimbung menuju ke Kampung Belimbing Besi kira-kira jam 1100 pagi. Perjalanan yang mengambil masa kurang setengah jam ini cukup memenatkan peserta dengan panahan mentari melalui lorong perjalanan sawah.

 

Ketibaan di Kampung Belimbing Besi kira-kira jam 1130 pagi disambut meriah oleh Ketua Kampung En Tasi, Pengerusi JKKK dan seluruh penduduk Kampung Belimbing Besi. Seperti biasa majlis sual kenal dan beramah mesra sambil pengenalan kepada Kelab Prostar dan HIV AIDS diadakan dengan penduduk Kampung Belimbing Besi.

 

Masa bersama penduduk Kampung Belimbing Besi lebih Kurang satu jam setengah digunakan sebaik-baiknya dengan mengedarkan risalah mengenai HIV AIDS dan Ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Ketimbung dan seterusnya ucapan balas oleh En. Ahmad fauzi selaku ketua Ekspidisi. Penyerahan pandent kenang-kenangan dari Kelab Prostar kepada Ketua Kampung Belimbing Besi telah disempurnakan oleh IK. Jamadan Rosli selaku Koordinator Kelab Prostar Daerah Simunjan.

 

Tepat jam satu tengahhari Ekspidisi ini diteruskan dengan perjalanan yang mengambil masa empat jam menuju ke Kampung Entangor. Sebelum perjalanan diteruskan satu taklimat ringkas disampaikan oleh En. Ahmad Fauzi selaku Ketua Ekspidisi mengenai laluan yang akan digunakan. Ini perlu kerana laluan yang bakal ditempuhi ialah hutan bukit yang kadang kala terlalu curam.Aspek-aspek keselamatan dan disiplin di titik beratkan agar semua peserta selamat tiba ke distinasi. Peranan Ketua Kumpulan yang akan mempastikan setiap ahlinya berjaya sampai ke destinasi.

 

Kira-kira 20 minit perjalanan kami melalui Kampung Lunying. Walaubagaimanapun kami mengambil keputusan untuk tidak singgah kerana takut terlalu lewat memasuki dan keluar dari hutan laluan.

 

Perjalanan yang mengambil masa empat jam memaksa ekspidisi ini berhenti sebanyak dua kali. Perhentian mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan mengira kesemua peserta telah sampai ke perhentian.

 

Ketibaan di Kampung Entagor pula di sambut dengan pukulan Gong dan tarian Ngajat oleh Penduduk kampung Entangor. Kemeriahan sambutan ini lebih terasa apabila lambaian-lambaian penduduk kampung dengan sapaan yang mesra seperti mengucapkan syabas kepasa peserta kerana berjaya sampai ke destinasi akhir.

 

Satu taklimat ringkas oleh WKK En. Nyandang mengenai atucara sambutan yang telah mereka atur di sebelah malamnya.

 

Sementara itu peserta mengambil peluang untuk mendirikan Khemah berhampiran tepi sungai dan bersiap diri untuk acara sambutan di sebelah malamnya.

 

Di sebelah malamnya acara sambutan dimulakan dengan makan malam dengan peserta yang keletihan cuba mengembalikan semula tenaga selepas seharian perjalanan melalui laluan bukit bukau.

 

Acara dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan Ketua Kampung Entangor, En Ken Ak Jenta dan Ucapan Balas oleh Ketua Ekspidisi En Ahmad Fauzi. En Ramlan pula menyampaikan taklimat ringkas mengenai Kelab Prostar dan acara kemuncaknya ialah Ceramah HIV AIDS yang disampaikan oleh En. Jamadan Rosli.

 

Sementara itu ahli kelab mengedarkan risalah yang ditulis dalam bahasa iban dan menerangkan maksudnya kepada penduduk kampung. Kaedah yang digunakan ialah lebih kepada nasihat individu dengan menyertakan risalah dan gambar-gambar. Di akhir sesi sebelah malam ini sebelum acara bebas oleh penduduk kampung ialah Nyayian Koir Terasing Di Bumi Sendiri Oleh Ahli Kelab Prostar.

 

Persembahan oleh penduduk kampung berupa nyayian dan tarian oleh penduduk kampung. Acara malam berakhir pada jam 12 malam.

 

Disebelah paginya 27/5/2003 jam 630 pagi ahli kelab menganjurkan senam robik bersama penduduk kampung dan murid-murid sekolah dan diikuti dengan sukaneka. Khidmat masyarakat seperti gotong royong juga dijalankan sebelum tengah hari.

 

Selepas makan tengahari Ekspidisi ini meneruskan perjalanan ke Batu kajang, satu tempat perkhemahan yang cantik terletak di puncak Bukit Batu Kajang. Dengan air terjunnya yang dingin ekspidisi ini mengambil keputusan untuk mendirikan khemah berhampiran aliran sungai. Kami tiba di tempat perkhemahan ini kira-kira jam 3.30 petang setelah perjalanan satu jam dari Kampung Entangor. Selepas makan malam peserta berkumpul untuk memulakan aktiviti Pembimbing rakan sebaya yang dikendalikan oleh En. Jamadan Rosli.

 

Antaranya ialah kenyataan masalah dan risiko HIV AIDS, kisah Uda dan Dara, Hanyut dilautan, lakonan untuk menolak tekanan rakan sebaya dan sebangainya.

 

Aktiviti malam berakhir kira-kira jam 10 malam kerana peserta agak keletihan dan ingin berehat awal.

 

Keesokan paginya 27/6/2003 kira-kira jam 8.00 pagi Ekspidisi ini berangkat pulang ke Sebangan melalui laluan yang digunakan untuk pergi. Ekspidisi ini tiba di Perkarangan Klinik Sebangan kira-kira jam 330 petang. Dan memulakan persiapan untuk meraikan kejayaan ekspidisi ini disebelah malamnya dengan sedikit jamuan makan malam di perkarangan Klinik Sebangan. Acara sambutan ini berakhir jam 1130 malam dan peserta berehat dan tidur semula dikhemah yang didirikan di perkarangan Klinik Sebangan.

 

Peserta hanya bersurai pada 28/5/2003 jam  9 pagi selepas acara luahan perasaan.